Pengenalan

 
Alat solek atau dikenali juga dengan nama kosmetik adalah bahan kimia yang direkacipta untuk mewarnai atau menghias wajah sama ada perempuan mahu pun lelaki. Alat solek berperanan untuk mengubah penampilan individu dari bentuk asal sama ada untuk mencantikkan atau 'memburukkan' wajah dengan cara  mengaplikasikan bahan-bahan alat solekan kepada wajah. Alat-alat solek yang asas antaranya terdiri daripada gincu atau lipstick iaitu alat pewarna bibir, bedak muka, eye shadow iaitu alat solek yang berperanan sebagai pewarna kelopak mata, pensil mata, pensil bibir dan lain-lain lagi.

 

Manakala jurusolek pula khususnya di Negara Brunei Darussalam adalah; bagi perkataan juru itu ia bermaksud seseorang yang mahir atau pakar di dalam sesuatu bidang atau perkara. Solek pula membawa erti sebagai cara menghias diri. Sehubungan dengan itu, jurusolek ini ditafsirkan sebagai orang yang mahir atau pakar di dalam bidang menghias dan mencantikkan wajah serta boleh mengubah bentuk asal wajah individu dengan menggunakan alat-alat solek.

No comments:

Post a Comment