Khidmat jurusolek dikategorikan
kepada dua bahagian iaitu;
1. Rasmi
Jurusolek yang bekerja sebagai tukang solek dengan jabatan kerajaan dan dibayar gaji setiap bulan.
Tugas mereka adalah menghias dan
menyolek orang yang bekerja dan terlibat dengan Radio Televisyen Brunei (RTB).
Jurusolek yang terlibat dengan acara dan majlis anjuran jabatan kerajaan dan dibayar setelah selesai acara atau majlis tersebut.
Mereka ditugasakan untuk menghias dan menyolek kakitangan jabatan kerajaan yang terlibat dengan acara dan majlis yang dianjurkan oleh jabatan kerajaan.
Contohnya seperti kementerian Pertahanan
mengadakan majlis
sambutan puja usia KDYMM dan tugas jurusolek adalah
menghias
para peserta yang membuat persembahan.
2. Tidak Rasmi
Jurusolek yang bekerja sendiri dan
jurusolek yang bekerja dengan kerajaan tetapi mengambil tempahan khidmat
solekan dan dibayar mengikut harga yang mereka tetapkan untuk sesuatu acara
atau majlis.
Contohnya solekan pengantin, acara makan
malam, acara bergambar di studio sempena penerimaan ijazah dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment